BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

followers

Tuesday, November 9, 2010

Lelaki

Telah berdiri seorang lelaki,
Hidup berbekal kecekalan diri,
Walau menghadapi sejuta cabaran,
Tetap berpaut pada kebenaran,
Berkurun sudah engkau merintis jalan,
Bertahun sudah hasrat terhalang,
Tetap bersemarak api keazaman,
Bara keramat doa dan harapan,
Kau melangkah bermula dari lembah,
Kau mendaki ke tangga,
Ke setangga ke setangga,
SEmakin hampir ke puncak,
Semakin sering kau ditikam onak,
Namun kerana kau lelaki,
DEritamu dapat diselindungi,
Tangisanmu rahsia di hati,
Kesepianlah temanmu yang sejati,
Tenangnya wajah matanya berbicara,
Kerana menyakini tuhanlah yang MAHA ESA..

No comments:

Post a Comment